Yang Pertama & Eksklusif Di Malaysia!

IconIcon

Untuk Anda dan Keluarga Anda.

Memperkenalkan program perlindungan penyewa yang pertama di Malaysia bagi memastikan orang yang anda sayangi mendapat perlindungan dan kediaman yang selamat & kondusif walaupun anda kehilangan pendapatan akibat kemalangan dan Perlindungan Kerugian Deposit Sewa 1 Bulan akibat pemotongan deposit tidak wajar oleh tuan rumah.

Nota: Program percuma ini terpakai untuk semua Penyewa SPEEDHOME yang menyewa unit dengan nilai sewa bulanan RM500 ke atas bermula dari 6 Mac 2023.

RM10,000

Icon

Perlindungan Kerugian Deposit Sewa

Icon

Bayaran

Sewa

Anda

Keluarga

Keluarga

Keluarga

Bayaran Sewa

Apakah Program Tenant Perlindungan?

Program Tenant Perlindungan ini merupakan sebuah program eksklusif yang ditawarkan kepada penyewa SPEEDHOME yang direka untuk melindungi pembayaran sewa dan pembayaran deposit anda sebagai penyewa.


Program Tenant Perlindungan akan diaktifkan sekiranya anda dimasukkan ke hospital atau hilang upaya kekal akibat kemalangan untuk menampung sehingga RM10,000 daripada jumlah sewa untuk keluarga anda yang mendiami di kediaman sewa semasa tempoh perjanjian penyewaan yang diinsuranskan.


Selain itu, jika anda seorang penyewa yang membayar deposit dan tuan rumah menafikan pemulangan deposit anda tanpa alasan yang kukuh, jumlah sewaan anda pada bulan lepas akan dikembalikan.


Program Tenant Perlindungan ini ditawarkan secara kolektif kepada penyewa SPEEDHOME oleh Speedrent Technology Sdn Bhd (“SPEEDHOME”) dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (“Allianz”). Ia menggabungkan produk/perkhidmatan yang disediakan oleh SPEEDHOME dan polisi insurans yang ditaja jamin oleh Allianz.

Manfaat Anda

Pendapatan Sewa Dibayar kepada SPEEDHOME

  1. Hilang Upaya Kekal: RM10,000, atau
  2. Kemasukan ke hospital selama lebih daripada 5 hari berturut-turut: Sehingga RM1,500
Icon

Kemalangan Maut

RM10,000 Perlindungan Dibayar kepada Penerima

Icon

Medical Expenses Due To Accident

Sehingga RM200

Icon

Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan

RM50 sehari (sehingga 14 hari)

Icon

Pampasan Bil

Sehingga RM1,000

Kematian / hilang upaya kekal atau kemasukan ke hospital selama lebih daripada 5 hari berturut-turut (sehingga 14 hari)

Icon
Icon

Hanya untuk penyewa yang membayar deposit sahaja.

Perlindungan Kerugian Deposit

1 Bulan

Bagaimana Untuk Mendaftar?

Sewa mana-mana kediaman dengan nilai sewa RM500 dan ke atas di SPEEDHOME

Tandatangan perjanjian sewaan & buat pembayaran sewa

Dapatkan perlindungan dari Program Tenant Perlindugan

Lulus pemeriksaan latar belakang SPEEDHOME

Terma dan Syarat

  • Program Tenant Perlindungan percuma ini hanya terpakai kepada penyewa yang layak yang menyewa kediaman sewa dengan nilai sewa bulanan RM500 ke atas melalui SPEEDHOME dan dengan tempoh sewaan minimum 1 tahun bermula dari 06/03/2023.
  • Manfaat percuma ini juga terpakai untuk penyewaan baharu dan pembaharuan perjanjian sewa.
  • Manfaat percuma ini terpakai untuk model zero deposit atau sewaan dengan deposit.
  • Manfaat percuma ini tidak sah digunakan untuk sambungan penyewaan.
  • Selain itu, untuk layak guna, penyewa mestilah warganegara Malaysia, pemastautin tetap Malaysia, pemegang permit kerja, pemegang pas, atau sebaliknya bekerja secara sah di Malaysia atau menetap secara sah di Malaysia, berumur dari lapan belas (18) tahun hingga tujuh puluh (70) tahun.
  • Semua semakan latar belakang penyewa kekal terpakai di dalam kempen ini.
  • Perlindungan deposit selama 1 bulan hanya terpakai untuk penyewa yang membayar deposit sahaja. Ia boleh dituntut pada akhir tempoh sewaan jika tuan rumah tidak memulangkan deposit penyewa tanpa sebab yang kukuh seperti yang dinyatakan dalam perjanjian sewa.
  • Dalam tempoh 14 hari dari Tarikh Pindah Masuk yang dinyatakan dalam perjanjian sewa, Penyewa perlu: (a) Menghadiri webinar SPEEDHOME dan menyelesaikan satu ujian mudah. (b) Penyewa mesti memuat naik gambar keadaan rumah melalui aplikasi SPEEDHOME mengikut piawaian yang dinyatakan dalam webinar.
  • Penyewa mesti membayar sewa penuh sebelum atau pada tarikh akhir bayaran sebanyak 9 kali dalam tempoh 12 bulan sewaan
  • Perlindungan deposit 1 bulan hanya terpakai untuk penyewa yang membayar deposit sahaja. Ianya boleh dituntut pada akhir tempoh penyewaan jika tuan rumah menafikan pemulangan deposit penyewa tanpa alasan yang kukuh yang telah ditetapkan dalam perjanjian sewaan.
  • Semua pembayaran deposit dan sewa mesti dibuat melalui platform SPEEDHOME bagi tujuan pengesahan
  • Untuk menuntut kerugian deposit 1 bulan daripada SPEEDHOME, penyewa mesti mengemukakan permintaan tuntutan kepada SPEEDHOME dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh tamat penyewaan.
  • Semua manfaat insurans lain adalah tertakluk kepada terma dan syarat Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.
  • Promosi ini tidak boleh digabungkan dengan promosi atau diskaun lain.

Nota: Terma dan syarat untuk kempen ini boleh disemak dari semasa ke semasa mengikut budi bicara SPEEDHOME tanpa notis terlebih dahulu. Tanpa prejudis kepada yang terdahulu. Sila ambil perhatian bahawa kempen mungkin ditarik balik sekiranya berlaku sebarang keadaan yang tidak dijangka di luar kawalan munasabah syarikat. Kempen ini mungkin ditarik balik atau digantung sekiranya berlaku masalah teknikal atau lain-lain yang mungkin menjejaskan integriti syarikat.

Sewa Sekarang

Soalan Lazim

1. Apakah itu Program Tenant Perlindungan?


Program Tenant Perlindungan ini merupakan program perlindungan penyewa yang pertama & eksklusif dalam pasaran sewa Malaysia. Program ini ditawarkan secara kolektif kepada penyewa SPEEDHOME oleh Speedrent Technology Sdn Bhd (“SPEEDHOME”) dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (“Allianz”). Ia menggabungkan produk/perkhidmatan yang disediakan oleh SPEEDHOME dan polisi insurans yang ditaja jamin oleh Allianz.


Ianya merupakan sebuah inisiatif baharu oleh SPEEDHOME untuk memberikan anda pelan insurans Allianz yang boleh melindungi anda serta keluarga anda sama ada untuk menampung bayaran sewa sehingga RM10,000 jika anda mengalami Hilang Upaya Kekal atau sewa anda selama (1) bulan sehingga RM1,500 sekiranya anda dimasukkan ke hospital berikutan kemalangan. (secara kolektif, "Manfaat Pendapatan Sewa"). Program ini juga termasuk manfaat lain seperti pendapatan Hospital, manfaat Perbelanjaan Perubatan dan banyak lagi.


Selain itu, jika anda seorang penyewa yang membayar deposit dan tuan rumah menafikan pemulangan deposit anda pada akhir penyewaan tanpa alasan yang kukuh yang telah dinyatakan dalam perjanjian penyewaan, sewa bulan lepas anda akan dibayar semula kepada anda pada akhir tempoh penyewaan apabila pihak kami menerima permintaan tuntutan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh tamat penyewaan. Perlindungan Kehilangan Deposit adalah produk SPEEDHOME dan bukannya Allianz


Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang manfaat diberi.


2. Bagaimanakah Manfaat Pendapatan Sewa RM10,000 (disebabkan hilang upaya kekal) berfungsi?


Manfaat Pendapatan Sewa RM10,000 ini diaktifkan apabila penyewa yang diinsuranskan menjadi Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan dalam tempoh dua belas (12) bulan kalendar dari Tarikh Kemalangan. Allianz akan mengeluarkan sehingga RM10,000 kepada SPEEDHOME untuk menampung sewa anda berdasarkan baki tempoh sewaan anda dengan SPEEDHOME, dan sebarang baki selepas ditolak baki sewa akan diberikan semula kepada penyewa yang diinsuranskan oleh Allianz.


3. Bagaimanakah Manfaat Pendapatan Sewa RM1,500 (disebabkan kemasukan ke hospital) berfungsi?


Manfaat Pendapatan Sewa RM1,500 ini diaktifkan apabila penyewa yang diinsuranskan dimasukkan ke hospital selama lebih daripada lima (5) hari berturut-turut akibat kemalangan.


Sebarang tuntutan yang perlu dibayar di bawah Manfaat Pendapatan Sewa berikutan kemasukan ke hospital hendaklah digunakan untuk membayar sewa penyewa yang diinsuranskan selama satu (1) bulan, sehingga RM1,500, dan hendaklah dibayar terus kepada SPEEDHOME.


4. Bolehkah saya menuntut pendapatan sewa akibat hilang upaya kekal dan dimasukkan ke hospital pada masa yang sama?


Tidak. Manfaat Pendapatan Sewa hanya boleh dibayar untuk sama ada (i) Hilang Upaya Kekal atau (ii) kemasukan ke hospital, dan bukan kedua-duanya.


5. Bagaimana untuk layak menyertai Program Tenant Perlindungan ini?


Program Tenant Perlindungan ini ditawarkan untuk penyewa yang berkelayakan yang menyewa kediaman dengan nilai sewa bulanan RM500 ke atas dan dengan tempoh sewaan selama 12 bulan melalui SPEEDHOME.


Selain itu, untuk layak guna, penyewa mestilah warganegara Malaysia, pemastautin tetap di Malaysia, pemegang permit kerja, pemegang pas visa, atau sebaliknya bekerja secara sah di Malaysia atau menetap secara sah di Malaysia, berumur dari lapan belas (18) tahun hingga tujuh puluh (70) tahun.


6. Saya bukan penyewa di SPEEDHOME. Bolehkah saya membeli pelan ini dengan perbelanjaan saya sendiri?


Tidak, Program Tenant Perlindungan hanya eksklusif untuk penyewa SPEEDHOME sahaja.


7. Bagaimanakah Perlindungan Kerugian Deposit berfungsi?


Perlindungan deposit 1 bulan hanya terpakai untuk penyewa yang memilih untuk membayar deposit apabila menyewa kediaman di SPEEDHOME. Bayaran sewa pada bulan lepas akan dibayar semula kepada penyewa pada penghujung tempoh penyewaan jika tuan rumah menafikan pemulangan deposit penyewa tanpa alasan yang kukuh yang telah ditetapkan dalam perjanjian penyewaan.


Untuk menuntut kerugian deposit 1 bulan daripada SPEEDHOME, penyewa mestilah mengemukakan isu ini kepada SPEEDHOME dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh tamat penyewaan.


8. Bolehkah saya menebus Program Tenant Perlindungan Percuma jika tempoh penyewaan saya di bawah 3 bulan?


Tidak, Program Tenant Perlindungan Percuma ini hanya terpakai untuk perjanjian penyewaan selama 12 bulan dan dengan nilai sewa bulanan RM500 dan ke atas.


9. Bolehkah saya menebus Program Tenant Perlindungan Percuma jika saya hanya menyewa bilik di SPEEDHOME?


Ya, Program Tenant Perlindungan Percuma adalah sah digunakan apabila anda menyewa mana-mana unit dengan nilai sewa bulanan RM500 ke atas dan dengan tempoh penyewaan minimum 12 bulan.


10. Jika saya menamatkan penyewaan saya dengan SPEEDHOME, adakah saya masih boleh menikmati manfaat daripada Tenant Perlindungan?


Tidak, manfaat Program Tenant Perlindungan ini akan menjadi tidak sah/tamat tempoh sebaik sahaja anda menamatkan atau ditamatkan penyewaan.


11. Saya ialah warga asing yang menyewa rumah di SPEEDHOME. Bolehkah saya menebus Program Tenant Perlindungan Percuma ini?


Ya, anda boleh menebus Program Tenant Perlindungan Percuma ini selagi anda merupakan salah satu daripada yang berikut:


- Pemastautin tetap di Malaysia

- Pemegang permit kerja,

- Pemegang pas visa

- Pekerja yang bekerja secara sah di Malaysia, atau

- Menetap secara sah di Malaysia.


Berumur dari lapan belas (18) tahun sehingga tujuh puluh (70) tahun.


12. Bolehkah saya menuntut manfaat Perbelanjaan Perubatan dan Pampasan Bil secara serentak di bawah Program Tenant Perlindungan Percuma ini?


Ya, anda boleh menuntut kedua-dua Perbelanjaan Perubatan dan Pampasan Bil secara serentak.


13. Apakah perbezaan antara Perbelanjaan Perubatan dan manfaat Pampasan Bil?


Pampasan Bil meliputi jumlah caj semasa seperti yang dinyatakan dalam bil terkini dalam tempoh terdekat sebelum tarikh kemalangan. Perbelanjaan Perubatan pula hanya meliputi kos rawatan perubatan yang ditanggung akibat kemalangan.


Nota: Istilah "bil" bermaksud mana-mana atau semua yang berikut yang didaftarkan atas nama Penyewa yang Diinsuranskan dan dikeluarkan di Malaysia:


(i) Bil Utiliti untuk bil elektrik, air dan pembetungan; dan

(ii) Bil Telekomunikasi untuk telefon (talian tetap dan/atau mudah alih) dan bil internet.


14. Saya seorang pelajar yang menyewa dengan SPEEDHOME. Adakah manfaat di bawah Program Tenant Perlindungan adalah untuk ibu bapa saya atau saya sendiri?


Manfaat tersebut hanya akan melindungi penyewa utama yang dinamakan di dalam perjanjian penyewaan.


15. Bagaimanakah cara untuk saya mengemukakan tuntutan?


Untuk mengemukakan tuntutan, sila e-mel kepada finance@speedhome.com atau hubungi kami melalui SPEEDHOME In-App Chat “Sokongan Selepas Jualan”

Sewa Sekarang

Email: hello@speedhome.com

Tel: +603 2771 2764 WhatsApp: +6011 1193 0181

A-G-23, Eve Suite, Jalan PJU 1A/41, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Speedrent Technology Sdn Bhd

Registration No.: 201601005661 (1176587-M)

SPEEDHOME is a licensed insurance agency and not a Real Estate Negotiator or Agency. SPEEDHOME is a platform for landlords and tenants to communicate and deal directly.

@All rights reserved | Privacy Policy