Promosi berakhir pada

Hari
Jam
Minit
Saat
Tebus Baucar

Dengan kerjasama

PERCUMA PELAN

PERLINDUNGAN PENYEWA

Tebus Baucar Percuma Sekarang

Bayaran Sewa RM10K

Untuk Anda & Keluarga Anda

Lindungi orang tersayang dengan jaminan rumah yang selamat & harmoni walaupun anda kehilangan pendapatan akibat kemalangan.

Tempoh promosi: 22 Sep 2022 hingga 26 Sep 2022

Apakah Pelan Perlindungan Penyewa?

Pelan Perlindungan Penyewa adalah sebuah program eksklusif yang ditawarkan kepada penyewa SPEEDHOME yang layak yang direka khas untuk melindungi bayaran sewa anda sebagai seorang penyewa.


Sekiranya anda dimasukkan ke dalam hospital atau hilang upaya kekal akibat kemalangan, Pelan Perlindungan Penyewa akan diaktifkan untuk menampung sehingga RM10,000 daripada jumlah sewa untuk keluarga anda yang masih menghuni di kediaman sewa semasa tempoh perjanjian sewaan yang diinsuranskan.


Pelan Perlindungan Penyewa yang dikuasakan oleh Allianz adalah perlindungan percuma bagi melindungi anda dan keluarga anda dengan jaminan rumah walaupun dalam masa sukar.

Manfaat Anda

Pendapatan Sewa Dibayar kepada SPEEDHOME

  1. Hilang upaya kekal: RM10,000 atau
  2. Kemasukan hospital melebihi 5 hari berturut-turut: Sehingga RM1,500

Kematian disebabkan Kemalangan

Perlindungan RM10,000 Dibayar Kepada Benefisiari

Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan

Sehingga RM200

Insurans Pendapatan Hospital

RM50 sehari (sehingga 14 hari)

Pampasan Bil

Sehingga RM1,000

Kematian /hilang upaya kekal atau kemasukan hospital melebihi 5 hari berturut-turut (sehingga 14 hari)

Bagaimana Untuk Mendaftar?

Sewa rumah idaman anda tanpa deposit di SPEEDHOME

Semak kelayakan anda dengan menunjukkan baucar kepada wakil perkhidmatan pelanggan SPEEDHOME


SPEEDHOME mengesahkan kelayakan anda

Tebus Baucar

Terma & Syarat

  • Pelan Perlindungan Penyewa ini hanya sah untuk penyewa jemputan sahaja yang menyewa kediaman melalui SPEEDHOME dengan tempoh minimum sewaan 1 tahun.
  • Pelan Perlindungan Penyewa ini hanya sah untuk penyewa yang menyewa seluruh unit (bukan bilik) dan harga sewaan melebihi RM800.
  • Manfaat insurans percuma ini hanya sah untuk perjanjian sewaan baru dan pembaharuan perjanjian sewaan baru.
  • Manfaat insurans percuma ini tidak sah digunapakai untuk sambungan sewaan.
  • Untuk menikmati faedah percuma ini, penyewa perlu membayar wang tempahan & jumlah sewa penuh dari 22/09/2022 hingga 26/09/2022.
  • Orang yang diinsuranskan mestilah warganegara Malaysia, pemastautin tetap Malaysia, pemegang permit kerja, pemegang pas atau bekerja secara sah atau menetap secara sah di Malaysia, berumur dari lapan belas (18) tahun sehingga tujuh puluh (70) tahun, dan merupakan seorang individu yang merupakan penyewa SPEEDHOME yang menyewa hartanah di bawah Perjanjian Penyewaan semasa Tempoh Insurans.
  • Semua semakan kelayakan zero deposit kekal terpakai dengan kempen ini.
  • Promosi ini tidak boleh digabungkan dengan promosi atau diskaun lain.
  • Untuk menebus, sila tangkap skrin baucar ini dan kemukakan kepada Wakil Khidmat Pelanggan kami semasa membayar wang tempahan atau pembayaran penuh sewa pertama.
  • Terhad kepada 100 pengguna pertama sahaja.


Nota: Terma dan syarat untuk kempen ini boleh disemak dari semasa ke semasa mengikut budi bicara SPEEDHOME tanpa notis terlebih dahulu. Tanpa prejudis kepada yang terdahulu. Sila ambil perhatian bahawa peraduan boleh ditarik balik sekiranya berlaku sebarang keadaan yang tidak dijangka di luar kawalan munasabah syarikat. Kempen ini mungkin ditarik balik atau digantung sekiranya berlaku masalah teknikal atau lain-lain yang mungkin menjejaskan integriti syarikat.

Soalan Lazim

1. Apakah Pelan Perlindungan Sewa?

Ia merupakan inisiatif baharu SPEEDHOME untuk menyediakan anda dan keluarga anda dengan sebuah pelan insurans Allianz yang boleh menawarkan anda pendapatan sewa sehingga RM10,000 ketika waktu yang tidak diingini seperti Hilang Upaya Kekal. Program ini juga termasuk faedah lain seperti Pendapatan Hospital, manfaat Perbelanjaan Perubatan dan banyak lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang manfaat yang ditawarkan.


2. Bagaimanakah Pendapatan Sewa RM10,000 (akibat hilang upaya kekal) berfungsi?

Manfaat Pendapatan Sewa RM10,000 ini akan diaktif apabila penyewa yang diinsuranskan menjadi Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan dalam tempoh dua belas (12) bulan kalendar dari Tarikh Kemalangan. Allianz akan mengeluarkan sehingga RM10,000 kepada SPEEDHOME untuk menampung sewa anda berdasarkan baki tempoh sewaan anda dengan SPEEDHOME, dan sebarang baki selepas ditolak baki sewa akan diberikan semula kepada penyewa yang diinsuranskan oleh Allianz.


3. Bagaimanakah Pendapatan Sewa RM1,500 (akibat kemasukan ke hospital) berfungsi?

Manfaat Pendapatan Sewa RM1,500 ini akan diaktif apabila penyewa yang diinsuranskan dimasukkan ke hospital selama lebih daripada lima (5) hari berturut-turut akibat kemalangan.


Sebarang tuntutan yang perlu dibayar di bawah Manfaat Pendapatan Sewa berikutan kemasukan ke hospital hendaklah digunakan untuk membayar sewa penyewa yang diinsuranskan selama satu (1) bulan, sehingga RM1,500 dan hendaklah dibayar terus kepada SPEEDHOME.


4. Bolehkah saya menuntut pendapatan sewa kerana hilang upaya kekal dan dimasukkan ke hospital pada masa yang sama?

Tidak. Manfaat Pendapatan Sewaan hanya dibayar untuk sama ada (i) Hilang Upaya Kekal atau (ii) kemasukan ke hospital, dan bukan kedua-duanya.


5. Siapakah yang boleh menebus Pelan Percuma Perlindungan Penyewa ini?

Pelan Perlindungan Penyewa ditawarkan kepada Penyewa Berkelayakan yang menyewa keseluruhan unit rumah dengan nilai sewa melebihi RM800 dengan tempoh sewaan selama 12 bulan melalui SPEEDHOME.


6. Saya bukan sebahagian daripada senarai jemputan SPEEDHOME untuk menikmati Pelan Perlindungan Penyewa Percuma, bolehkah saya membeli pelan ini dengan perbelanjaan saya sendiri?

Tidak. Pada masa ini, Pelan Perlindungan Penyewa ini tidak ditawarkan sebagai polisi insurans individu.


7. Bolehkah saya menebus Pelan Perlindungan Penyewa Percuma jika saya tidak menyewa rumah di SPEEDHOME?

Tidak, Program Perlindungan Penyewa ini hanya tersedia dan eksklusif untuk penyewa SPEEDHOME.


8. Bolehkah saya menebus Pelan Perlindungan Penyewa Percuma jika tempoh penyewaan saya di bawah 3 bulan?

Tidak, Pelan Perlindungan Penyewa Percuma hanya terpakai untuk perjanjian penyewaan selama 12 bulan sahaja.


9. Bolehkah saya menebus Pelan Perlindungan Penyewa Percuma jika saya hanya menyewa bilik di SPEEDHOME?

Tidak, Pelan Perlindungan Penyewa Percuma hanya terpakai apabila anda menyewa keseluruhan unit dengan sewa RM800 dan ke atas.


10. Jika saya menamatkan penyewaan saya dengan SPEEDHOME, adakah saya masih boleh menikmati manfaat daripada Pelan Perlindungan Penyewa ini?

Tidak, Pelan Perlindungan Penyewa ini akan menjadi tidak sah/tamat tempoh sebaik sahaja penyewaan anda tamat atau ditamatkan.


11. Saya merupakan warga asing yang menyewa rumah di SPEEDHOME. Bolehkah saya menebus Pelan Perlindungan Penyewa Percuma?

Ya, anda boleh menebus Pelan Perlindungan Penyewa Percuma selagi anda adalah salah seorang daripada yang berikut:

- Seorang pemastautin tetap Malaysia,

- Seorang pemegang permit kerja,

- Pemegang pas Visa atau sebaliknya,

- Seorang pekerja yang bekerja secara sah di Malaysia

- Seorang pemastautin sah di Malaysia

berumur dari lapan belas (18) tahun sehingga tujuh puluh (70) tahun.


12. Bolehkah saya menuntut Perbelanjaan Perubatan dan Pampasan Bil secara serentak daripada Pelan Perlindungan Penyewa Percuma?

Ya, anda boleh menuntut kedua-dua Perbelanjaan Perubatan dan Pampasan Bil secara serentak.


13. Apakah perbezaan antara Perbelanjaan Perubatan dan Pampasan Bil?

Pampasan Bil meliputi jumlah keseluruhan caj semasa seperti yang dinyatakan dalam bil terkini dalam tempoh terdekat sebelum tarikh kehilangan/kemalangan. Perbelanjaan Perubatan hanya menampung kos rawatan perubatan yang disebabkan oleh kemalangan.


Nota: Bil bermaksud mana-mana atau semua yang berikut yang didaftarkan atas nama Penyewa Diinsuranskan dan dikeluarkan di Malaysia:

(i) Bil Utiliti adalah untuk bil elektrik, air dan pembetungan; dan

(ii) Bil Telekomunikasi adalah untuk bil telefon (talian tetap dan/atau mudah alih) dan internet;


14. Saya mengetahui tentang Pelan Perlindungan Penyewa pada penyewaan bulan ke-2 saya atau lebih. Bolehkah saya menebus pelan itu?

Tidak, ini adalah tawaran masa terhad dan hanya sah untuk 50 penyewa pertama sahaja. Anda hanya boleh menebus Perlindungan Penyewa Percuma ini apabila anda membuat bayaran sewa penuh pertama anda dari XX/XX/XX hingga XX/XX/XX.


15. Saya seorang pelajar menyewa dengan SPEEDHOME. Adakah semua perlindungan di dalam Pelan Perlindungan Penyewa adalah untuk ibu bapa saya atau saya?

Hilang Upaya Kekal hanya akan melindungi penyewa yang dinamakan dalam perjanjian penyewaan sahaja.

Email: hello@speedhome.com

Tel: +603 2771 2764 WhatsApp: +6011 1193 0181

A-G-23, Eve Suite,Jalan PJU 1A/41,Ara Damansara, 47301Petaling Jaya, Selangor

Speedrent Technology Sdn Bhd

Registration No.: 201601005661 (1176587-M)

SPEEDHOME is a licensed insurance agency and not a Real Estate Negotiator or Agency. SPEEDHOME is a platform for landlords and tenants to communicate and deal directly.

@All rights reserved | Privacy Policy